Friday, July 23

Asal-usul Solat 5 Waktu

skunk,ak na kongsi ngn korunk,ttng asal-usul solat 5 waktu yang kita sume kerjakn hari....ni pin ak dapt ngn mama....so,ak rase elok law ak dapt kongsi ngn korunk sume......

Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat-umat nabi yang lain, umat Nabi Muhammad diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu sehingga hari ini. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah S.W.T terhadap umat Nabi Muhammad S.A.W di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana solat mula dikerjakan.

>Subuh

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam A.S iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam A.S bersembahyang 2 rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari
kegelapan malam.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

>Zohor

Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim A.S iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. Seruan itu dating pada waktu tergelincir matahari. Lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur sebagai penebusan
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya
dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan
Allah S.W.T.
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan
dengan tebusan kibas.

>Solat Asar

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus A.S lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga : Kelam dengan makanan
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan nun

>Solat Maghrib

Manusia pertama yang mengerjakan solah maghrib ialah Nabi Isa A.S iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa A.S, lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat Pertama : Untuk menafikan keutuhan selain daripada Allah
S.W.T
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke
atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh
melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu
hanya satu iaitu Allah S.W.T

>Solat Isyak

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak Ialah Nabi Musa A.S. Pada ketika itu, nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan;sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah S.W.T menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.

Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya; Nabi
Harun
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun

0 comments:

No comments:

;